Powered By Blogger

Thursday 23 June 2011

15 Perkara Yang Membuatkan Perempuan Tersenyum



1. Pegang tangannya bila-bila masa ........ walaupunjika itu hanya untuk satu saat.

2. Peluk dia dari belakang.

3.Jangan pergi jalan keluar dengan bekas kekasih anda saat dia sedang tidak bersama anda, anda mungkin tidak menyedari betapa sakit nya hati dia.

4.Jika anda sedang berbicara tentang seorang gadis lain, ketika anda selesai berbicara,berjalan dan peluklah dia serta ciumlah dia ....... biarkan dia tahu, awak dia yang punya, bukan mereka.

5. Main dengan rambut dia.

6. Marah jika ade lelaki lain menyentuhnya, dan dia tidak menyukainya.

7. Buat dia ketawa.

8. Biarkan dia tertidur dalam pelukan anda.

9. Kalau dia marahkan anda, cium dia.

10. Kalau ada kesah tentang dia.then, beritahu dia.

11.  Tengok mata dia dan senyum.

12.  Kalau anda sedang dengar lagu, biar dia dengar sekali.

13.  Ingat hari lahir dia, berikan dia sesuatu, tak kesahla  tak mahal and simple je..yang penting ianya datang dari anda.

14. Beri apa yang dia mahu.

15. Keluar dengan dia, bila anda free, and anda sepatutnya sentiasa free dengan dia.

Monday 20 June 2011

cinta takperlukan sebab....




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan
mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan
Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan
saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya...

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata :

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan
mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di
situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari
si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada
isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

ISI SURAT TERSEBUT :

“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak!

Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu..

jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu , sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak!
      Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu , sekarang bolehkah engkau tersenyum ?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu..

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang...
AKU tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi...

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!

AKU masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab...


hmmm , kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang.. NAMUN , ia boleh dirasai dalam hati yang tulus.. :')

BAGI aku , CINTA perlukan KETULUSAN hati.. bukan SEBAB dan KENAPA kita mencintai mereka... :')

it's for today..
thanks for read..

SHARING is CARING.. ;')

ASSALAMMUALAIKUM....